Want your
own Fotopage?























 
Kacamata

By: Kaca mata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Thursday, 29-Jan-2009 08:00 Email | Share | | Bookmark
Tsumani, Naksumi, Tsunami di Kuala Muda.

 
 
 
 
 
Dah lama tak ke Kuala Muda. Hari tu bersama seorang rakan, kami mengayuhkan basikal ke Kuala Muda dari Kepala Batas. Lebih kurang 42 km perjalanan pergi balik. ( Ada seorang member kata 42km ni kira kacang saja).

Kat sana ada satu tugu sampan-sampan yang rosak akibat tsunami ni. Dikumpul, dicat , dipateri dan dipamer sebagai memperingati kejadian tsunami pada 2004.

Kawasan rumah-rumah yang teruk dilanda ombak dipagar untuk dijadikan pameran.

Dalam dok ambik gambar tu ada seorang pak cik tegur.
" Hangpa dari mana?"
" Dari Kepala Batas. Ni sampan yang rosak dulu kot?"
" aaa sampan yang rosak dulu laaa. depa kutip . ceruk-ceruk paya tu.. Masa tsumani tu dia pukul habis."
Kami senyum saja.
Bila pak cik tu berlalu.
Agaknya pak cik masih trauma lagi....

Kat pantai pulak ramai orang dok kutip kepah.. macam pesta la pulak..
Cadang nak praktis bisik beli ikan , tapi waktu tu masih awal lagi , nelayan belum balik lagi.


Tugu Tsunami

Salah sebuah rumah dalam pagar tu.


BRO..



DIJEMPUT KE MAJLIS PERKAHWINAN ADEK POMPUAN ZAI..
PADA 31MAY 2009 NANTI
BERTEMPAT DI KG BIKAN LABU BESAR KULIM

TUK MAKLUMAT LANJUT KLIK CINI
http://zbintim.fotopages.com/?entry=1817556

KEDATANGAN AMAT DIALU2KAN...

YG MENYAMBUT KEDATANGAN ANDA
~ZAI KULIM &MR'T'~
Tue 14-Apr-2009 08:46
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Dah dekat 3 bulan dah Man tak ada cerita. kalau tanam jagung dah boleh makan Mon 27-Apr-2009 03:48
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
pasti banyak kenangan kat sini.. Thu 14-May-2009 06:34
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Thursday, 15-Jan-2009 04:16 Email | Share | | Bookmark
Sana burung sini burung...

 
 
 
 
 
 
View all 10 photos...
Baru-baru ni ikut kawan ke sebuah rumah burung di Taiping. banyak bangunan-bangunan lama yang di tukar menjadi rumah untuk burung . Prihatin sungguh .
Bunyi dari speaker jangan cerita lah .. cit..sana cit sini... para pengusaha burung ni dok pasang sound mempromosi rumah yang telah disedia kan kepada burung -burung.
Penternak burung ( Khor) ni banyak kerja dia buat, contractor, agent AIA, penternak burung, workshop. kebun buah lagi.
Bila masuk dalam rumah burung ingatkan tak dak burung , rupa-rupanya .ada burung yang dok berlegar-legar. Ada jugak sarang yang baru. Khor ni bagitau dulu harga sarang memang tinggi boleh cecah RM8 ribu sekilo .. tapi sikalang dah turun. Dulutak ikut gred , sikalang dah ikut gred. Tak tau la aku gred yang macamana, Dia dok terang kat aku. aku nampak sama saja.




Nampak brickwall kat tingkap. Kalau dari jauh orang tak perasan atas tu rumah burung.

Miss ni dok asingkan bulu burung dengan sarang nya. Jenuh jugak aku tengok. Kerja macam ni seeloknya orang perempuan buat sebab kena teliti dan sabar .Kalau orang lelaki buat .. he he he .nanti dengan lampu sekali kena hayun.

Mr Khor.



Sarang palsu untuk menarik perhatian burung.Sarang palsu ni sebenarnya sarang lama yang diambil ditempat lain.

ni buleh kira win win situation la nih,,,,,
burung dapat tempat tinggal first class,,orang pun dapat untung yg lumayan gak,,
Wed 21-Jan-2009 14:28
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
Sibuk kutip sarang burung ke.
Tak pernah merasa lagi rasa sarang burung ni macam mana
Thu 22-Jan-2009 07:27
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
>> kat sini pun sama...
>> siap boleh pasang sound effect panggil burung...
Sun 25-Jan-2009 16:29
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 5-Jan-2009 06:29 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan di Perlis

 
 
 
View all 13 photos...
Masa cuti sekolah yang lepas, aku dengan keluarga ke Perlis . Kami bertolak waktu pagi-pagi lagi..Solat subuh pun di Alor Setar.
Tempat yang mula-mula sekali kami pergi ke Wang Kelian . Tempat ni dulu meriah , tapi sekarng ni nampak macam muram saja.

Lepas tu pergi ke Gua Kelam. Tak puas menikmati keadaan dalam gua sebab anak aku yang kedua ( Ain) suruh jalan cepat-cepat. Siap tarik tangan aku. Kuat pulak tangan dia sejak masuk Metro hari tu.

Lepas tu ke Padang Besar ( Besaq, Besor). Tak nampak la padang yang disebut tu sebab banyak bangunan .

Kami pun tak target beli apa-apa , cuma jalan-jalan saja sambil tengok tempat orang.Kat sini lebih meriah dari Wang Kelian tadi.

Masa balik temapt yang musti aku singgah ke satu tempat burung unta. Ramai jugak yang singgah kat sini. Tengok dari plet semua dari jauh.





Jalan ke Wang Kelain dan Gua Kelam

Tak semeriah dulu


Abang ni jual pau.
Aku: Abang, pau apa yang ada?
Abang tu: (tengok muka kakak yang duduk sebelah dia)
Kakak tu : Pau daging dengan pau kaya
Aku: Bagi pau kaya lah 5.
Abang tu: (tengok muka kakak tu lagi)
Kakak tu: ni pai wa pau kocai niyam prak. (lebih kurang macam tulah)
Abang tu ambil 5 pau kaya bungkus bagi kat aku.
Abang tu : KOB KHUN KRAB.




Padang besaq tu dah pernah sampai.. wang klian dan gua kelam tu belum lagi.. Mon 12-Jan-2009 02:42
Posted by:wak mustar  - [Link]
>> satu negeri yg masih belum sampai lagi ni... Tue 13-Jan-2009 18:53
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
akak tak pernah sampai lg perlis ni... tp mak akak dah pegi dahh baru2 ni.... abis sumer utara dia melawat.. kedah, perlis & penang.. jeles anak dia.. tak dpt pg.. dpt tgk gambar pun jadilaa... hehehe... Wed 14-Jan-2009 06:51
Posted by:MaDiHa  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Wednesday, 24-Dec-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Ke Jelapang

 
 
 
View all 10 photos...
Hari kedua kami ke Jelapang pulak.
Ada setengah-setengah tempat keadaan jerubu sebab banyak aktiviti perkilangan terutama di sekitar Kamunting. Angin huh..jangan kata.. bergoyang la jugak.




Bukit Mertajam

Bukit Merah . cahaya kacau la pulak

Persimpangan jalan di Simpang , Taiping

Rumah burung walit lagi tinggi dari rumah orang

Bukit Mertajam

pikcas dr ats baru nmpak kepadatan pnduduk kt sane...
bestnya naik heli.....

salam ma'al hijrah 1430h n hepy new year 2009....
Fri 2-Jan-2009 10:52
Posted by:nurul  - [Link]
Jelapang padi tak nampak pun.
Sekarang zaman pesawah padi pun beli beras
Mon 5-Jan-2009 01:17
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
habis bukit jadi jelapang , burung pun dah tingal kat pangsapuri dalam bandar .. Mon 5-Jan-2009 04:25
Posted by:badungcamp  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Monday, 22-Dec-2008 08:02 Email | Share | | Bookmark
Bukit Kempas, Sungai Petani

 
 
 
Rehat sekejap fasal aerial view.

Bukit ni terletak di Sungai Petani . Geng gerek yang bertaraf amatur dalam lama mengidam nak daki bukit ni. Bukit ni rendah saja . Kalau kaki -kaki joging biasa saja . Tapi kalau naik dengan basikal .. huh .. boleh tangkap urat kaki.
Satu lagi masa kayuh naik bukit.. kami bantai gelak.. tu yang mengurangkan lagi tenaga tu..

" Aku try nak makan makanan rebus .. tak nak yang berminyak-minyak" Abang Lan bersuara bila sampai kat bukit tu
" perhh boleh ka abang Lan?"
" Jaga kesihatan, ni lepas ni hang jangan makan roti canai , teh tarik, nasik lemak .. benda tu semua punca penyakit "
Masa balik kami cadang nak sarapan di Tikam Batu. Cari warung yang buat capati tak dak.. lepas tu laju je abang Lan pergi kat satu warung tu serta order
" Roti telur banjir satu dengan teh panas. Nasi lemak bungkus empat"
" Tak dak kedai juai capati kat sini . Lagi pun sekali sekala boleh lah" Kata Abang Lan bila aku pandang tajam kat dia..

Taman Sejati.

Abang Lan sedang mengambil gambar aku.

Budak ni gelak masa mendaki tadi tu yang hilang power tu..

Lepas naik heli gambar yg diambil atas bukit pun ala-ala atas heli juga. Nampak panorama dibawah
Lain kali kalau ada tugas lagi habaq kat boss kena bawa 2 kamera - satu tingkap kanan satu tingkap kiri. Yang satu tingkap lagi tu untuk Pak Chik PI le sapa lagi
Wed 24-Dec-2008 07:26
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
# pi sana 4h 3m,,,,,sebelum2 ni kalau pi sana dok kat AB Motel,,,kali nih kat Langkapuri,,,sebab AB penuh,,,,tak jauh dari Tanjung Mali rasanya,,,,
# Puan M di sponsor,,,,ni PPT,,,sama mcm hang gak,,,
Wed 24-Dec-2008 08:38
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
aku dah hapdet....aku sendiri tak pernah sampai pun bukit ni.....yang pakai spek tu hang ka? aku dah hapdet mai la tengok Fri 26-Dec-2008 03:04
Posted by:maylique
View all 13 comments Add comment


Thursday, 18-Dec-2008 03:11 Email | Share | | Bookmark
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia boleh makan ayam

 
Simpang di Taman Sejati. pilot kona baring..
 
View all 13 photos...
Gambar dari Sungai Petani sampai ke Bukit Kayu Hitam.
Banyak lagi gambar yang diambil tapi jenuhlah nak memuat turun.
Habis hari kedua. Keesokkan harinya terbang dari ke Ipoh la pulak.


Taman Sejati.


From Danok with love


Fuyohhhh.....aerial photography tu..
Tahniah Man.....bukan senang nak boleh peluang yg mcm ni....
Errrr...gmbr Tmn Sejati tu....hg ke kanan sikit dlm sekaki, nmpk la rumah aku....hahahaha
Fri 19-Dec-2008 17:26
Posted by:Ushar  - [Link]
hang tak cover sampai umah aku ni..............best nya kalau aku sendiri dapat peluang cam ni........................ Sun 21-Dec-2008 10:00
Posted by:maylique
bestnya dpt tgk pemandangn dr ats...
cantik je pic sawah bendang tu...hijau sejuk mata memandang...
Tue 23-Dec-2008 16:29
Posted by:nurul  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 17-Dec-2008 03:28 Email | Share | | Bookmark
Tuah Ayam boleh nampak dikaki,tuah manusia boleh naik heli.

Bulatan Seberang Jaya
Jalan baru ke Tesco
Masjid Seberang Jaya
View all 10 photos...
Ronda-ronda ( sebenarnya kerja) dari Kepala Batas ke Bukit Kayu Hitam. Gambar-gambar kerja tak yah siarlah. Waktu-waktu macam nilah baru rasa kan best kalau ada kamera yang best sikit boleh zoom .

Part 1 ni kita bawa sekitar Seberang Jaya dan Kulim dulu. Sungai petani sampai Bukit Kayu Hitam nanti sat noo.


Bulatan

Masjid Seberang Jaya

Balai Polis Kulim

Persimpangan Lunas ( eh betul ka dak ..)

Penanti

Dewan Penyayang.

Lepas tugasan, aku sound kat boss, "Boss kalau gambar nak cantik , kamera kena canggih boss. level kamera compact macam ni lah hasilnya " kata aku berserampang dua mata . Boss aku tengok gambar yang aku ambik.. lepas tu dia kata " hmm janji nampak objek cukuplah , ni pun kira ok la"

strategi x kene la bro....bos dah tau sebenornyer dr awal...bdk nih msti nak mntk kamera baru
>>penah naik heli sekali masa kat japan, tp heli rosak yg ada kat muzium
Wed 17-Dec-2008 10:36
Posted by:jasmeen  - [Link]
bestnya..ambik photo mcm ni...
tang balai polis kulim tu..nampak lawa..dr luaq....
tp ari tu p..masuk...buat report ...x berapa nak cantik...la...
kalau ambik kat balai polis traffic kat pekan..tu..sure nampak bumbung rumah saya..hehehehe
Wed 17-Dec-2008 14:28
Posted by:kak aini  - [Link]
oooo,,,,kalau tak silap,,,ni gambaq 2 atau 3 hari lepas,,,,,sebab ada nampak heli PLUS dok round kat area situ,,,,
lain kali selain tangkap gambaq,,,,tangkap la kawan2 naik sekali,,,,,lepas tu kita belanja la drebar heli tu cendoi,,,,alah,,,,minyak dah murah dah la,,,,,
gambaq hang posing ngan heli hang simpan noooo,,,,,
Wed 17-Dec-2008 23:37
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Tuesday, 9-Dec-2008 02:32 Email | Share | | Bookmark
PPT ( Percutian Pecah Tabung)

 
 
 
View all 16 photos...
Simpan duit dari awal tahun campur dengan duit raya budak-budak baru projek bercuti ni berjalan.
Memang betoi GH ni tempat budak-budak.
Bab makan. Aku ni jenis kena makan nasik.. jenuh dok pujuk perut yang mendidih..Burger 'O' saja RM5.00. Tapi biasalah jangan dok komplen pasal harga. Makanan atas kayangan memang macam tu.

Tengah dok kepung anak, ada miss call dari Pak Cik PI . Tak dengar sebab bunyi muzik kuat sangat . Call balik rupanya Naza ( ushar) ada kat rumah pak cik PI. tengah mengurangkan simpanan kopi dirumah Pak Cik PI. .

Aku ingat dua malam kat sana anak-anak jemu main, turun dari kabel car "Ayah bila kita nak mai lagi?".Hmmm PPT tahun depan lah agak nya.





Isi bekalan setelah letih berjalan..

Semua games kena Q..



Dapat Arward ke-3 dari nurul..Terimas

Man.........wa gi genting ye........

kalau nak makan murah pergi kantin staff dia dibawah taman tema tu.....sedap....
kalau makan kad indor game tu ...papa jawabnya..mahal bebeno......hahahahahah
Sat 13-Dec-2008 13:49
Posted by:AbahAlong  - [Link]
Makan angin sakan.....
Elok la tu, bawak anak bini jalan2 bila ada masa & ongkos...
Hari tu kat rumah PI, boleh pi takan 3 cawan saja kopi....
Sebab rokok aku habis masa pi rumah PI...kalau ada rokok, mau lajak 3~4 teko kopi ....
Sun 14-Dec-2008 17:30
Posted by:Ushar  - [Link]
biar pecah tabung jangan pecah kepala.....sekurang-kurangnya kita tak payah berhutang utk bercuti. menyimpan mmg banyak kelebihan

Entryku kali ini

Lensa umpama sepasang mata
Merakam keindahan kehidupan segala
Fotografi bukan hobi semata
Menjadi wadah mencari pahala
Mon 15-Dec-2008 02:38
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Thursday, 4-Dec-2008 07:28 Email | Share | | Bookmark
Dari My Document..

 
 
 
Lama tak update FP ni..
Dok tunggu burung walit buat sarang ..sound tak pasang pulak.. Baru -baru ni ikut member ke rumah burung walitnya .. 3 tingkat .Rumah dia setingkat saja... Rupa-rupanya CD sound burung kena tukar selalu . Kita dengar sama saja tapi deria burung ni tak mau bunyi yang sama...boring kot dok dengar lagu yang sama.
Tak lama lagi 2008 akan kita tinggalkan , 2009 akan menjelma. Macam biasa perkataan popular awal tahun ialah "azam" . Maka akan tersedaklah orang yang bernama Azam.

Orang kata dengan hanya segelas teh tarih mampu mencetus idea menjana perniagaan beribu-ribu ringgit

Masjid Kepala Batas., Kedah

salam aidil adha... Sun 7-Dec-2008 02:28
Posted by:nurul  - [Link]
bercanda di pasiran pantai.....yehhaaa kenala pakai kaca matahari (sunglass) kat tepi pantai..bukan ka? Sun 7-Dec-2008 09:06
Posted by:maylique  - [Link]
re: br balik dr genting ke? bestnya..usahkn bdk2...mak bapak bdk pon suka pi genting tu...

owh...mmg tuan tanah ni pemalu skit ye...skit je kn...apload la pic gi genting....

thanx ya 4 d wish...
Tue 9-Dec-2008 02:25
Posted by:nurul  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 25-Nov-2008 08:44 Email | Share | | Bookmark
merakam gambar orang yang merakam gambar binatang.

 
 
 
View all 8 photos...
Punya la panjang ayat..Betul ka tidak tak tau lah..
Hari Sabtu lepas .. mulanya cadang nak ke Perlis tapi melencung ke Taypen(Taiping).. Kalau dah sampai situ .. Zoo lah tempatnya..
Hari tu memang ramai orang.. keretapi free tapi kami tak naik.. sebab masing-masing kaki kuat termasuk anak aku yang bungsu tu.. tak mau didukung langsung...

Masa balik cadang ke round-round lagi.. tapi..dalam keluar dari zoo masing-masing dah layan mata..





Ushar nak mai Penaga 30/11 (ahad ni).Senang senang jom kita ushar2 sama2. Fri 28-Nov-2008 22:12
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Sempoi menembak kat Taypen Zoo ni....Aku kerap jugak dok usung "senapang" pi sini.....
Mmg berkenjah subject yg best2 kat dalam tu.....Hg bila nak tangkap DSLR?
Cari sebijik!....PI pun dah bersora kat aku dia angkat satu....siap dgn lense 70-200 tuuu...
Nak shoot burung2 kat belakang rumah...kata PI....
Dasat tuuuu..............
Sun 30-Nov-2008 12:16
Posted by:Ushar  - [Link]
# masih kamera lama. Teringin juga nak guna DSLR. Masa jumpa Ushar hari tu minta tolong dia rekomenkan yg sesuai. Kalau ada harga offer hujung tahun ke bolehlah merasa Thu 4-Dec-2008 04:25
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
View all 10 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.